Monday, March 2, 2009

Program Tabung Kemanusiaan RM 1 rakyat Palestin

Rakan Muda Bahagian Bintulu
Prihatin, Dinamik, Mahir


Inilah urusetia yang bertungkus-lumus memastikan program yang berjaya dianjurkan.
(dari belakang kiri : Iz, kak Junaina, Bang Hata, Amanda dan Wanee)
(dari depan kiri : Bang Arol, Kak Juwairiah dan Bang Nick )



Prgram Tabung Kemanusiaan RM 1 rakyat Paelstin merupakan satu kutipan derma untuk mangsa perang Palestin-Gaza yang diseru oleh Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan agar sukarelawan-sukarelawan di Malaysia yang terdiri daripada golongan belia membuka mata turut mebantu dalam sesebuah persatuan atau kelab.

Pada 28/02/2009, Kelab Rakan Muda Bintulu telah berjaya mengadakan kutipan derma tersebut di ruang legar Park City Mall, Bintulu .

Acara yang bermula pada pukul 1.30 petang itu dimulakan dengan persembahan shuffle oleh 3 kumpulan penari shuffle yang terdiri daripada remaja-remaja Bintulu . Persembahan shuffle ini mendapat tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir.



(gambar di sebelah merupakan persembahan shuffle)



Acara diteruskan dengan persembahan sajak oleh wakil Rakan Muda iaitu Cik Donna Eva . Sajak yang diolah sendiri oleh Donna bertemakan penderitaan yang dialami oleh mangsa-mangsa perang di bumi Palestin .


Selesai persembahan sajak, penonton dipersembahan dengan kehandalan Bryan dalam bermain yoyo mewakili Rakan Muda Bintulu . Bryan merupakan pemain yoyo yang pernah menempa nama di peringkat kebangsaan mewakili Sarawak dalam pertandingan bermain yoyo bagi sukan extreme . Penonton yang hadir terpukau dengan gaya bermain yoyo yang nampak mustahil dilakukan oleh Bryan.

Jam 3.00 petang, kami di kelab Rakan Muda menyambut ketibaan tetamu kehormat wakil Tuan Residen Bahagian Bintulu.



Seterusnya, Ustaz Asmawi mengambil tempat beliau di pentas untuk mempersembahkan sajak beliau. Dengan bertemakan kehidupan mangsa perang di Palestin, sajak beliau amat menyayat hati dan membuatkan kami berasa sebak kerana begitu menghayati sajak beliau. -->












<--Kami juga telah menjemput pasukan hadrah dari RPR Kidurong untuk melakukan persembahan mereka . Persembahan selama 10 minit itu mempunyai mesej-mesej yang menyeru masyarakat dunia sama-sama membantu meringankan beban mereka yang menjadi mangsa di Palestin.

Cik Juwairiah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu
(biasa dipanggil dengan kak ju, peramah orangnya ^^ ) meneruskan acara majlis dengan menyampaikan ucapan alu-aluan . Dalam ucapan , beliau ada menyarankan supaya program seperti ini mendapat sambutan dan perhatian daripada orang awam turut bekerjasama membantu meraih derma untuk mereka yang memerlukan di bumi Palestin . Beliau juga mengambil kesempatan itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada urursetia yang terdiri daripada ahli kelab Rakan Muda dan Mopedz (your welcome, kak ju ) .

Selesai Cik Juwairiah menyampaikan ucapan, wakil Tuan Residen pula dijemput untuk menyampaikan ucapan. Beliau memberitahu khalayak ramai betapa bertuahnya negara kita, Malaysia untuk tidak mengalami nasib seperti mereka di Palestin dan menyeru hati budi baik orang awam untuk turut serta menderma ke tabung kemanusiaan ini . Beliau kemudiannya merasmikan penutupan program dengan menderma ke tabung yang telah disediakan seterusnya meletakkan signature di banner yang telah digantung di pentas .

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada peserta yang telah membuat persembahan antaranya persembahan shuffle, persembahan yoyo, persembahan sajak dan persembahan hadrah diikuti dengan penyampaian cenderamata kepada Cik Juwairiah, General Manager Park City Mall dan wakil Tuan Residen . Majlis diakhiri dengan jamuan minum petang .

Tepat jam 5.00 petang, semua bersurai dan gembira kerana telah berjaya membantu melaksanakan program .

meja pendaftaran untuk menjadi ahli Rakan Muda.


dari kiri : Azreen(AJK Kecergasan) , Hata(Naib Pengerusi) , Wanee(skuad sukarelawan) , Is(sukarelawan) dan Douglas(juruaudit 2).


kebanjiran penonton.

Wednesday, February 18, 2009

pengenalan kepada jawatankuasa kelab Rakan Muda Bintulu 2008/2009

Pengerusi Rakan Muda Bintulu
Encik Khairul Ariffin bin abdul Rahim


Timbalan Pengerusi
Encik Abdul Faridz Hata bin Abdul Rahman


Setiausaha
Cik Junaina Junaidi


Bendahari
Amanda Laus anak Justin Agas


Naib bendahari
Nur Atikah binti Terjeli